7 Jenis Kad Kredit Wajib Anda Tahu. Salah Satu Boleh Bagi Anda Travel Secara Percuma!

Peluang. Kalau kita cari dan jumpa, pasti terasa syok yang tak terhingga.

Tambah lagi, peluang tu, korang boleh ulang guna berkali-kali. Boleh naik boring, bak kata orang.

Ni, ada peluang untuk korang yang kaki travel. Nak tau cara nak melancong kat luar negara secara percuma?

Mungkin ramai lagi yang belum tau cara ni wujud. Yang dah tau pulak, mungkin terlupa nak kongsikan kepada yang lain.

Tergerak Admin untuk share kat sini supaya lebih ramai boleh guna peluang yang ada ini. Jemput hadam.

“Betul ke boleh travel secara percuma? Macam tipu je”

Setakat ni, produk bank (kad kredit) yang ada kat Malaysia, dah berkembang menjadi semakin khusus dalam bab penggunaan.

Ada banyak kategori khas, dan setiap satu penuhkan keperluan pemegang kad, dengan sediakan ganjaran serta faedah yang sesuai dengan penggunaan masing-masing.

Ni, Admin sediakan 8 jenis kad kredit yang ada kat negara kita. Korang boleh pilih mana yang sesuai dengan penggunaan dan perbelanjaan korang.

Jenis #1 : Kad kredit rebat tunai (cash back)

Kad jenis ini menyediakan ganjaran dalam bentuk rebat tunai. Sebilangan kecil perbelanjaan yang korang buat, akan dipulangkan semula.

Bentuk pulangan pula boleh jadi dalam bentuk wang tunai, cek, atau kredit kepada akaun kad kredit korang.

Admin ada buat perbandingan kad kredit jenis ni kat laman web RinggitPlus. Ini antara 3 kad kredit cashback yang terbaik buat masa ini :

Jenis #2 : Kad kredit Air Miles (sesuai untuk kaki melancong)

Kad ini pula bagi korang peluang untuk menukar (convert) segala perbelanjaan (untuk semua atau beberapa kategori) menjadi Air Miles atau bahasa mudahnya, mata ganjaran.

Point yang korang dapat ni, boleh ditukar kepada pelbagai jenis hadiah atau ganjaran yang pengeluar kad kredit korang tawarkan.

Mata ganjaran yang korang dapat boleh digunakan dengan syarikat penerbangan (yang bergabung dengan syarikat pengeluar kad kredit) untuk menempah tiket yang lebih murah, atau upgrade pakej penerbangan dan sebagainya.

Bawah ni, Admin sediakan 3 kad kredit travel yang terbaik (Admin buat perbandingan kat blog RinggitPlus) :

Jenis #3: Kad kredit ganjaran (rewards)

Kalau korang gunakan kad kredit jenis ni, setiap perbelanjaan yang korang buat tu akan ditukar menjadi mata ganjaran (sama seperti poin kat atas tadi).

Dan mata ganjaran ni, korang boleh gunakan untuk menebus macam-macam jenis barangan atau perkhidmatan.

Biasanya, korang akan dapat 1 mata ganjaran untuk setiap Ringgit yang korang belanjakan.

Kad jenis ini boleh jadi cara yang terbaik untuk korang jimatkan wang.

Sebab kebanyakan pengeluar kad kredit jenis ni tak menetapkan sesebuah had (atau had maksimum) dalam mendapatkan mata ganjaran.

Dengan menggunakan kad jenis ini untuk perbelanjaan setiap hari (termasuk juga pembelian besar), korang boleh kumpul berlambak mata ganjaran tanpa perlu bersusah-payah.

Lepas tu, claim mata ganjaran yang korang dah dapat tu. Best, kan?

Berminat nak dapatkan kad kredit untuk tujuan ini? Ini antara pilihan terbaik yang Admin bandingkan kat RinggitPlus :

Jenis #4 : Kad kredit untuk petrol

Ada yang menganggap kad ini sebagai rahmat buat mereka. Terutama sekali yang tak layak dapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Yang ni pula, direka secara khusus untuk korang yang habiskan banyak masa kat atas jalan raya.

Biasanya, kad ni datang dengan faedah petrol yang hebat, termasuk rebat tunai untuk minyak, serta diskaun istimewa dekat stesen minyak.

Kalau korang tergolong dalam ketegori yang selalu berjalan guna kereta (dan banyak habiskan duit untuk mengisi minyak) setiap bulan.

Tambahan pula, kad ini ada potensi menjimatkan banyak wang korang untuk jangka masa panjang.

Admin ada bandingkan kad kredit terbaik bagi tujuan ini kat RinggitPlus. Ini dia hasil yang Admin berjaya dapatkan :

Jenis #5 : Kad kredit untuk perniagaan

Kad kredit yang dikhaskan untuk kegunaan perniagaan sesuai untuk perniagaan SME (Small Medium Entreprise) bagi mendapatkan kredit untuk mengurus perbelanjaan operasi.

Ya, kad ini bukan saja untuk golongan profesional. Bisnes kecil pun boleh gunakan kelebihan ini.

Tujuan utama kad ni adalah membantu dan memastikan perbelanjaan untuk bisnes dan peribadi dipisahkan, sentiasa ada rekod perbelanjaan, kemudahan laporan perbelanjaan yang luas, dan macam-macam lagi.

Pengeluar kad kredit juga ada tawarkan ganjaran tertentu seperti diskaun perniagaan bila membeli dengan vendor (yang korang biasa berurusan), dapat pelbagai promosi, pelanjutan warranty, dan sebagainya.

Sekali lagi, Admin gunakan bantuan RinggitPlus untuk buat perbandingan kad kredit yang terbaik :

KLIK SEKARANG UNTUK BACA : Terfikir nak ambil kad kredit? Baca 3 tip ini dulu sebelum kau buat keputusan

Jenis #6 : Kad kredit dengan APR yang rendah

Setiap kali korang gunakan kad kredit, korang takkan terlepas daripada belenggu kadar faedah yang tinggi. Tak termasuk lagi dengan yuran-yuran yang lain.

Kad kredit dengan kadar APR yang rendah wujud untuk membantu golongan yang ada kekangan daripada segi kemampuan kewangan.

Bermakna, ia khas untuk mereka yang takde pendapatan yang cukup untuk bayar hutang tu sekaligus. Caj faedah yang bank bagi adalah rendah berbanding kad biasa yang ada kat dalam pasaran.

Dengan bantuan RinggitPlus, Admin dapat 3 kad kredit yang terbaik bagi tujuan ini :

Jenis #7: Kad kredit Islamik

Untuk penjelasan secara mudah, kad ini beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip Syariah.

Antara prinsip-prinsip yang terlibat adalah:

  • Tawarruq (kontrak komoditi),
  • Bai Al’Inah (kontrak/akad yang membabitkan urusniaga jualan dan pembelian semula aset oleh si penjual),
  • Ujrah (pembayaran dalam bentuk pertukaran untuk
    perkhidmatan, manfaat, dan keistimewaan).

Kad kredit Islam secara umumnya takkan kenakan sebarang caj kompaun, dan tak boleh digunakan untuk membuat transaksi yang menentang hukum Islam seperti perjudian, membeli arak, dan lain-lain.

Ada banyak lagi jenis kad kredit yang ada (lebih 200 untuk korang pilihan mengikut kegunaan masing-masing). Dan Admin akui, agak susah nak pilih kad mana yang sesuai.

Ini result yang Admin dapat bila buat perbandingan kat RinggitPlus :

Rugi ‘kaki travel’ tak gunakan kelebihan kad kredit ini. Boleh melancong secara percuma tu!

Semalam, Tuan Faizul Ridzuan ada buat sesi webinar dan ada sentuh pasal topik ini.

Dengan kad kredit, korang boleh melancong ke tempat yang korang sukasecara PERCUMA!

Selain tu, korang boleh banyak belajar tentang ilmu pelaburan hartanah seperti :

  • 5 persediaan korang kena ada sebelum beli hartanah,
  • 4 perkara wajib jaga kalau serius nak loan rumah sentiasa lulus,
  • 3 kelebihan dan kelemahan beli hartanah jenis undercon, subsale, dan lelong,
  • Rahsia bagaimana korang boleh melancong hujung tahun ini ke London, secara percuma, menggunakan teknik mudah yang ramai orang tak tahu.

KLIK SINI SEKARANG UNTUK TENGOK SESI WEBINAR IM EDUHOME

 

 

Share This Artcles

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*