Elak Buat 4 Dosa Ini Sebelum Beli Rumah Pertama

Tak semua rumah boleh buat untung – Betul ke?

Beli rumah pertama sewaktu umur masih muda memang menguntungkan. Sebab nilai rumah tu akan semakin meningkat.

Selain tu, korang jugak dapat jana pendapatan melalui sewaan. Ini dapat meningkatkan pendapatan korang setiap bulan, terutama sekali kalau kawasan tu ada permintaan yang tinggi.

Dan ada satu hakikat yang korang kena belajar telan.

Tak semua rumah yang korang boleh dijamin boleh buat duit dan bagi untung kat korang.

Ada beberapa keadaan dan faktor, dimana pembelian rumah tu akan menjadi satu kesilapan yang membebankan.

#1 : Selamba beli rumah mahal (walaupun dah jelas tak mampu)

“SENTIASA UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.”

Ini nasihat yang paling mudah untuk semua orang faham, tapi tak semua orang boleh buat.

Antara kesilapan biasa yang ramai pembeli rumah pertama buat adalah, mereka tak ukur dulu kemampuan dan main beli je rumah (dan mereka ingat, mereka mampu nak tanggung).

Walaupun korang mampu bayar ansuran bulanan, tak bermakna korang mampu nak tanggung rumah tu atas bawah.

Yang paling selamat untuk korang buat, adalah beli rumah yang tak lebih daripada 50% gaji korang.

Maksudnya, kalau korang bergaji RM3,000 sebulan, pastikan korang ansuran bulanan rumah tu sekitar RM1,500.

Kenapa Admin cakap macam ni?

Bila ansuran rumah terlampau mahal (lebih daripada 50% gaji korang), komitmen bulanan korang jugak akan jadi tinggi.

Lagi satu. Kalau kadar asas (base rate) meningkat, korang terpaksa tanggung ansuran bulanan lebih tinggi.

#2 : Tak buat bajet sebelum beli rumah pertama

Sebelum korang merancang untuk beli rumah pertama, buat dulu satu bajet untuk bayaran ansuran kepada pihak bank supaya korang tak terbeban.

Korang perlu bersedia dengan kos yang perlu dibayar (selain daripada ansuran) seperti kos maintenance, Indah Water, baik pulih rumah, cukai pintu, cukai tanah, dan lain-lain lagi.

Korang juga perlu selitkan sekali kos yang mungkin akan meningkat pada masa depan, seperti kenaikan harga barang dan penambahan ahli keluarga yang baru.

Mungkin hari ni, korang tak rasa terbeban. Tapi pada masa akan datang, ansuran bulanan tu boleh menyebabkan korang tak dapat mengawal pengurusan kewangan dengan baik.

Antara kesan buruk yang bakal korang lihat adalah apabila gagal buat bayaran ansuran bulanan, rumah tu ada kemungkinan besar bakal dilelong kelak.

#3 : Beli rumah pertama secara terburu-buru

Elakkan selagi boleh membeli rumah secara terburu-buru tanpa buat dulu sebarang kajian dan analisis.

Kalau tak, rumah yang korang beli tu mungkin takkan datangkan keuntungan. Dan lebih teruk lagi, jadi punca kerugian kepada tuan empunya rumah.

Walaupun rumah yang dibeli tu untuk kegunaan sendiri, korang masih perlu buat analisis asas seperti :

  • Latar belakang pemaju,
  • Jenis-jenis fasiliti yang ada,
  • Kemudahan pengangkutan awam, dan lain-lain yang berkaitan.

Benda ni pulak, dah banyak kali jadi. Ada sesetengah keadaan dimana, tuan rumah terpaksa jual rumah dengan harga yang sangat rendah atas beberapa faktor, seperti :

  • Tak tahan dengan kejiranan dan bunyi yang bising,
  • Kadar sewa yang terlalu rendah,
  • Jalan susur keluar yang tak teratur (jadi punca kepada kesesakan lalu lintas).

#4 : Anda tak guna khidmat bantuan ejen hartanah untuk beli rumah pertama

Yang ni penting. Lebih-lebih lagi kalau korang takde pengalaman dan baru pertama kali nak beli rumah.

Ejen hartanah lebih tau selok-belok serta kelebihan dan kekurangan rumah yang korang nak beli tu.

Sebab tu, ejen hartanah adalah salah satu sumber untuk korang dapatkan maklumat tambahan. yang akan bantu korang buat keputusan membeli yang baik.

Ada jugak kes sebelum ni, yang mana pembeli ‘terbeli’ rumah dengan harga yang melebihi nilai sebenar rumah tu.

Dan bila perkara ni berlaku, pembeli terpaksa menambah duit sendiri, sebab pinjaman yang bank bagi tak mencukupi.

Ada satu lagi yang Admin nak pesan kat korang. Korang jugak perlu berhati-hati dalam memilih ejen hartanah supaya tak tertipu. Sekarang ni, banyak kes yang dilaporkan berkaitan dengan ejen hartanah kaki kelentong.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan korang berurusan dengan ejen hartanah yang sag dan dibawah naungan agensi yang berdaftar.

Semoga Bermanfaat.

Jemput SHARE perkongsian bermanfaat ni kepada yang lain. Biar lebih ramai tahu perkara ini.

Nak Dapatkan Ebook Pelaburan Hartanah Pada Harga Diskaun??

Tinggalkan Nama & Email Anda Di Bawah..

Credit : gilahartanah.com

Share This Artcles

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*