Teknik Simple Beli Superbike Cash Dan Sebuah Rumah Dalam Masa 5 Tahun

Korang ada pasang impian untuk membeli sebiji superbike?

Confirm ramai yang berkongsi impian yang sama. Tapi, rugi kalau korang beli dan bayar ansuran bulanan guna duit gaji.

Ada cara ni, korang boleh beli secara cash. Dan bukan setakat tu je. Korang jugak siap boleh dapat sebiji rumah sekaligus.

Dengar macam janji-janji indah semata?

Nanti dulu. Jemput hadamkan perkongsian sempoi Tuan Muhd Farid ni.

Macam mana nak buat? 

Harga motor ni, sama macam harga rumah lowcost/medium cost ketika ini. Bayaran bulanannya pulak ibarat bulanan rumah berharga RM450,000, iaitu sekitar RM2,250.

Jika berhajat ingin membeli motor ini secara tunai (cash) tanpa rasa rugi, ada caranya.

Mula-mula, sandarkan dulu duit kita pada benda yang akan naik nilai.

Saya kongsikan satu contoh kat korang.

Beli 2 biji rumah berharga RM225,000 setiap satu, di mana ansuran bulanan sekitar RM1,125.

Rumah sebagai instrumen pelaburan utama anda

Kalau beli 2 buah, bermakna korang kena bayar RM2,250 sebulan kat bank (dengan andaian rumah tak disewakan).

Katakan, anggaran kenaikan nilai rumah sekitar 10% setahun.

Lepas 5 tahun, anggaran harga rumah ketika itu :

  • RM225,000 + 50% =
  • RM337,500


Baki hutang rumah selepas 5 tahun :

  • (60 bulan) = RM 211,345 (sila rujuk jadual kat bawah ni)
Nota : Korang boleh download aplikasi Financial Calculators untuk dapatkan jadual macam ni.

Tunggu 5 tahun saja, boleh dapat dua-dua

Untung bersih jualan sebuah rumah adalah sebanyak RM126,155. Dan korang hanya perlu jual 1 buah rumah sahaja, 1 lagi simpan.

Harga motor ini ketika itu dengan anggaran susut nilai 5% setahun :

  • RM157,900 – 25% =
  • RM118,425

Korang boleh guna hasil jualan rumah untuk beli superbike ini secara tunai, siap tukar ekzos Akrapovic dengan helmet full face jenama Arai.

Selepas 5 tahun, korang ada :

  • Sebiji rumah yang nilai semasanya sekitar RM337,000,
  • Sebiji superbike yang dibeli secara tunai dengan geran di tangan.

Banyak bezanya dengan beli sebiji superbike yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun mealui kredit AEON.

Kalau guna cara tu, korang hanya dapat superbike je, dengan komitmen bayaran bulanan yang sama.

Bezanya dengan strategi yang saya kongsikan tadi, korang tak dapat pakai superbike dulu. Cuma dapat bergambar je dengan motor tu.

Dan korang akan dapat beli motor ni secara tunai dalam masa 5 tahun.

Macam mana? Mesti korang seronok sebab dah tahu cara. Lepas ni, tinggal nak buat je apa yang korang belajar tadi.

Korang boleh je gantikan superbike tu dengan objektif yang lain. Yang ni, ikut kepala korang sendiri.

Kalau tanya Admin, baik lagi gandakan duit tu dengan instrumen pelaburan lain. Tak gitu?

Share This Artcles

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*