Tiga (3) Tip Iklan Yang Membantu Klien Produk Air Kesihatan Ini Berjaya Jumpa 2 Iklan, Untuk Jana Sales Produk RM2,000 Sehari? – Aqif Azizan

Kenangan yang paling susah untuk saya lupa adalah ‘perubahan’ yang berlaku pada klien.

Saya nak kongsikan pengalaman manis bersama dengan klien kami yang jual produk air kesihatan. Namanya, Tuan Firdaus (nama samaran).

Semasa berjumpa dengan kami dalam sesi consultation, sales beliau tak tentu arah. Kalau boleh dapat lebih RM100+ sehari, itu pun kira dah bersyukur sangat.

Pendek cerita, lepas lebih 5 hari beliau bereksperimen menggunakan formula kami, ketika ini mereka sudah ada lebih 2 iklan yang mampu memberikan pulangan sales purata RM2,000 minimum sehari.

Tapi, bukan hasil beliau yang kami mahu kongsikan.

Kami mahu kongsikan tip-tip iklan yang beliau praktikkan untuk mencapai matlamat itu.

Supaya anda pun boleh merasai nikmat yang sama atau lebih baik.

Tip iklan 1 – Bila iklan kita gagal jual produk, bukan masalah produk.

90% kesilapan biasa adalah berkait rapat dengan ‘mesej’ iklan kita. Eksperimen pelbagai jenis mesej iklan, dan berkemungkinan besar kita akan jumpa mesej iklan yang berpengaruh untuk menjual produk itu.

Tip iklan 2 – Ayat iklan VS Visual

Mana satu yang penting?

Jawapannya: Visual (gambar atau video). Eksperimen gambar atau video iklan akan memberi hasil yang signifikan berbanding tukar ayat iklan semata-mata.

Tip iklan 3 – Faham produk atau faham pelanggan.

Jangan buat iklan untuk jual produk. Tetapi buat iklan untuk selesaikan masalah pelanggan.

Untuk faham lebih spesifik tentang tip iklan 3 ini, boleh dapatkan panduan testimonial vault.

Klik sini  : Testimonial Vault

Klik sini  : Testimonial Vault

Silakan SHARE.

Share This Artcles

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*